Router adalah alat yang direka khusus sebagai 'jambatan' antara modem dan komputer. Saiz router biasanya kurang lebih sama seperti saiz sebuah modem. Alat ini bertugas menerima maklumat yang datang dari modem, menterjemah maklumat tersebut dan menghantarnya ke komputer kita. Perkakasan ini juga memilih route terbaik untuk pakej data mereka supaya kita dapat menerima maklumat tersebut dengan cepat.
Jika anda mempunyai satu komputer di rumah, maka router tidaklah penting. Router digunakan apabila anda ingin sharing satu sambungan internet ke pelbagai komputer di rumah.
Pada dasarnya router mempunyai 2 tugas penting yang berbeza tetapi berkaitan:
1. Alat ini meyakinkan kalau maklumat yang dihantar sampai pada tujuannya.
2. Alat ini juga memastikan bahawa maklumat yang dihantar tidak menuju ke tempat yang tidak diperlukan. Ini penting supaya data dengan kadar yang tinggi tidak 'mengelirukan' atau 'memacetkan' sambungan.
Router yang digunakan dalam suatu rangkaian juga boleh melakukan beberapa fungsi penting lain:
1. Berperanan sebagai default gateway.
2. Mengantar (route) data antara rangkaian.
Bagaimana Cara masuk ke Router anda
apa itu manfaat router modem
Untuk masuk ke router, anda boleh buka pelayar dan taip alamat router tersebut pada address bar dan tekan Enter. Alamat router anda bergantung pada merknya. Jenama yang umum dan lalai address mereka termasuk:
Linksys - http://192.168.1.1
Netgear - http://192.168.0.1.
D-Link - http://192.168.0.1
3com - http://192.168.1.1
Belkin - http://192.168.2.1
Kadang alamat lalai dan password default nya boleh dilihat pada label printing di routernya tapi jika tidak ditemukan anda boleh mencarinya di internet.
Kerana router saya jenama Linksys, sy kasih contoh cara akses ke router tersebut.
Taip http://192.168.1.1/ (ini adalah alamat IP default router Linksys) pada address bar di pelayar anda dan tekan Enter.
Selepas itu peti Log-in akan muncul dan anda disuruh masukkan password dan username, password dan username tersebut adalah 'admin' untuk model Linksys router terbaru tapi untuk model yang lama passwordnya adalah admin dan usernamenya 'blank' alias kosong (tidak usah diisi).
Setelah masuk pada laman Set-Up, anda boleh masukkan username dan password yang disediakan oleh ISP anda untuk mengakses Internet, kalau anda tidak tau maklumat ini, cara terbaik untuk mengetahuinya adalah menghubungi provider anda.
Tuesday, September 1, 2015
apakah itu router
Subscribe to:
Posts (Atom)